Tuesday, June 30, 2009
Eaten Alive
Lagu "Rama-Rama"
Sunday, June 28, 2009
Slaid Jenis-Jenis Burung
Saturday, June 27, 2009
Kampung Vs Bandar
Tiba2 aku terpikir, mana lagi best..idop di kampung atau di bandar? Aku rasa dua2 tempat tu ada pro n kontranya..Kalo di kampung suasananya aman damai..tenang je..kehidupan kita pun tak rasa macam sesak sangat..tak sesak dari segi ramai orang n duit..dok kampung memang boleh jimat duit..takde shopping complex yang buatkan kita tak senang duduk tiap kali lalu depan dia..tapi bila kita nak dapatkan bekalan makanan yang susah sket..especially daging ayam yang halal..kena pegi ke bandar Miri baru ada tempat jual yang kita yakin ke"halal"lannya..Barang-barang di bandar pun lebih murah sebab banyak persaingan. Di bandar, semuanya dekat..nak g petrol pump dekat, nak g hospital dekat, nak g market pun dekat..semuanya dekat2..bila semua dah dekat, duit plak la yang makin "jauh" dari kita..hehehe..
Friday, June 26, 2009
RPH Burung
Taubat Seorang Hamba
Wednesday, June 24, 2009
Kena "tag"!
1. Bekas kekasih saya adalah : ~ suami aku..masa sem 5 kat UPM, putus jap dengan suami..pastu ujong sem tu sambung balik..betullah kata orang, kalo dah jodoh, tak ke mana..
2. Saya sedang mendengar : ~ Buletin Utama dan bunyi dengkuran suami..hehe..(Kesian..dia letih sebab petang tadi mesyuarat pengurus pasukan, pastu berlatih main bola tampar untuk PSKPP plak..)
3. Mungkin saya patut: ~ Kejutkan suami dan suruh dia tido di bilik.
4. Saya suka : ~ jadik Chekgu!
5.Sahabat-sahabat baik saya : ~ yang kawan dengan aku lor..
6.Saya tak paham : ~ bahasa orang kedayan. Kalo bahasa iban dan bahasa Melayu Sarawak, aku masih boleh paham lagi..tapi bila dengar orang kedayan bercakap, aku terus jadik biol..tak paham langsung!!
7.Saya kehilangan : ~ kad perpustakaan..ntah mana ntah aku letak..
8.Ramai yang berkata : ~ ajar prasekolah senang..tapi kalo aku cuti, takde plak yang sanggup nak masuk jaga kelas aku..
9.Makna nama saya : ~ takde maksud apa2..hanyalah nama yang diberikan oleh mama dan abah..diorang memang suka nama Yus kot sebab nama kami adik-beradik semua mula dengan Yus: Yusrizal, Yuslinda, Yusriady, Yusnita dan Yusriman.
10.Cinta itu adalah : ~ suatu perasaan yang terlalu istimewa yang aku rasa bila pandang muka suami dan cium bau badan dia..(aku mula suka cium bau badan dia masa aku gi tengok dia main ragbi kat UPM..)Dah hampir 7 tahun kami jadik pasangan "kekasih", tapi sampai sekarang perasaan tu tetap sama..Itulah yang dinamakan CINTA..
11.Di suatu tempat, seseorang sedang : ~ Merindui saya..Hanya orang tu saja yang tahu siapa dia..
12.Saya akan cuba : ~ Kuruskan badan..hehehe..InsyaAllah..
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud : ~ Kartun Bersama selamanya..hasil karya kartunis AIE..
14.Telefon bimbit saya : ~ Nokia apa ntah..dah lupa la..hadiah hari lahir yang ke 26 tahun dari suami tercinta..
15.Bila saya terjaga dari tidur : ~ cepat2 pejam mata balik n tido semula..selagi jam tak bunyi, jangan harap aku nak bangun..huh.
16.Saya paling meluat apabila : ~ banyak sangat cerita politik dalam Buletin Utama..
17.Pesta/Parti adalah : ~ sesuatu yang melalaikan..
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : ~ Obor-obor kecik dekat Aquaria KLCC..
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : ~ zaman kanak2..
20.Hari ini : ~ hari Rabu..ada Karnival Prasekolah..
21.Malam ini saya akan : ~ Tido awal..letih la..
22.Esok pula saya akan : ~ Bangun awal..hehe..
23.Saya betul-betul inginkan : ~ anak dan bangunan prasekolah yang baru..yang lengkap dengan perabot dan padang permainan..kesian tengok budak2 ni belajar dalam kelas yang senget, macam dah nak runtuh dan banyak bumbung yang dah bocor..perabot pun tak cukup..yang ada tu pun ihsan dari PIBG. Terima kasih ye En. Usop Ak Arah(YDP PIBG) kerana dah banyak tolong kelas aku..
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : ~ hmm..masih boleh nampak lesung pipit..(maksudnya muka takdelah tembam sangat..hehehe..)
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :~ Kat Miri ni ada tiga je yang terkenal..Boullivard, Servay dan Bintang Plaza..tapi tak best aa..terpaksalah tunggu balik semenanjung baru gi borong sakan kat Jusco atau Sunshine Square..
26.Makanan Barat atau Jepun : ~ Barat!
27.Bilik yang terang atau gelap: ~ samar2..tak terang dan tak gelap sangat..
28.Makanan segera adalah : ~ makanan kesukaan aku! Emm..lamanya tak makan McD..kat Miri ni, ada satu je McD..kat Bintang Plaza..orang sini tak suka makan McD sangat kot..
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? ~ "abang, gi lah buang katak ni..ayang dah masukkan dalam plastik.." (kucing aku dapat tangkap katak tadi..suruh suami tarik dari mulut "Kecik", dia geli..terpaksalah aku yang buat..)
30.Siapa yang anda mahu Tag? ~ Sape2 yang baca tag inilah..macam yang aku kena dengan paten..
Karnival Prasekolah 2009
Sunday, June 21, 2009
Abah masuk hospital!
Syukur...
Friday, June 19, 2009
Ujian Pap Smear
Rumah Impian
Wednesday, June 17, 2009
Tension tahap CIPAN!!
Tuesday, June 16, 2009
"Mozek Ladybird"
Di sini ada 1 cadangan untuk aktiviti komponen K&E. Antara bahan2 yang diperlukan ialah :
- Sagu besar (kuantiti ikut suka)
- Water colour hitam n merah
- Air
- Kertas A4 yang dah dilukis gambar Ladybird.
- Gam
Mula2 siapkan sagu berwarna di rumah. Caranya, bancuh water colour merah dengan air sikit then masukkan sebahagian sagu kedalam bancuhan tersebut. Lepas tu ulang kaedah yang sama tapi guna water colour hitam pulak. (Jangan terlalu banyak air, nanti sagu jadi lembik plak.) After that, sagu2 tersebut dibiarkan kering. Esoknya, cikgu2 edarkan kertas A4 ikut kumpulan kecil then agihkan sagu dan gam. Terangkan kaedah membuat mozek, pastu tunjukkan contoh yang cikgu2 dah buat. Budak2 mesti bersemangat nak buat. Maklumlah dapat main dengan gam.











