Lovely Reader

Friday, October 30, 2009

Resepi Daging Paprik


Resepi ni dapat dari Paten ..roommate ms di UPM..rasa cam senang je nak buat..
thanks paten, nanti akak cuba ye..

RESEPI DAGING PAPRIK
bahan-bahannya(utk 4 orang ye):


daging
(kalo x suka daging boleh ganti dengan ayam,sotong,udang..apa2 la yg korang suka)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1-2 helai daun limau purut
(siat sket,jgn hiris..kalo hiris nanti pahit-pesan puan emak)
bunga kobis
1/2 batang carrot
putik jagung (baby corn)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
garam & gula secukup rasa
1 mangkuk kecil air (utk dijadikan kuah)


cara-caranya:
tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau, lepas tu masukkan daging,masak daging sampai daging tu empuk (caranya masukkan 1 mangkuk air-masak sampai air separuh kering),bila air dah separuh kering, masukkan pulak 1 mangkuk kecil air lagi-biar sampai mendidih, pastu masukkan ketiga-tiga jenis sos tu..lepas tu masukkan sayur-sayuran,masak sampai sayur-sayur tu empuk (dalam 2-3 minit,jangan masak lama-lama nanti sayur tu lembik..x sedap)..lepas tu masukkan pulak garam & gula secukup rasa, dan last sekali masukkan la daun limau purut tu..


taddaaaa!!
kan dah siap!!


0 comments: