Correct Timing To Take Water
9 hours ago
Label Meja
Antara perkara penting yang yang selalu aku buat semasa mencantikkan kelas prasekolah adalah label untuk meja bebudak..ini bagi memudahkan budak2 dapat kenal ejaan nama diorang dan dapat menulis nama diorang dengan cepat..selain tu, ia juga dapat mencantikkan meja..selalunya bebudak pra aku 2 minggu pertama dah pandai tulis nama sendiri..senang masa kita bagi lembaran kerja n takdelah kertas yang jadik "hantu"..di bawah ni ada label meja yang boleh cikgu2 edit, print then laminate..aku amik di http://www.sparklebox.co.uk/ ..byk benda yang kita boleh download di website tu..rajin2lah melawat..
Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Leganya dah selesai berkursus..esok dah boleh balik semenanjung..actually kan, tak rugi sebenarnya pegi Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) tu..banyak info2 penting n berguna dapat didengar n difahami..selain tu dapat berkenalan dengan cikgu2 dari Lawas, Limbang, Baram n Miri..ada gak yang satu daerah dengan aku tapi tak penah kenal pun..daerah Subis ni jarang wat kursus berkaitan prasekolah la..harap2 tahun2 depan diperbanyakkan kursus supaya cikgu2 dapat lebih memahami apa yang dikehendaki oleh kurikulum baru ni..
kepada yang belum pergi, KSPK ni merupakan suatu kurikulum baru yang bakal digunakan bermula pada tahun hadapan..kurikulum ni lebih mudah diguna pakai semasa P&P..Hasil Pembelajaran ataupun sekarang ni disebut Standard Pembelajaran juga ringkas dan padat..tak terlalu akademik macam kurikulum lama..rasanya memang senang sangatlah nak mengajar dengan SP yang baru tu..lagi satu, kita kena fokuskan kepada 4M (Membaca, Mengira, Menulis dan Menaakul)..tapi yang paling penting bagi bebudak dapat kuasai membaca dan menulis dulu..kemudian baru lebihkan pembelajaran bertema..then tahun depan kena gunakan BI n BM sama banyak..pembelajaran bertema banyak kena guna BI..ha..ini yang susah sket sebab kebanyakan bebudak aku tu kalo aku ngajar guna BM pun diorang kureng paham, inikan pula nak guna BI..memanglah diorang slalu cakap BI tapi bukannya Bahasa Inggeris tapi Bahasa Iban..harap2 akhir tahun depan ada la bebudak tu yang terer cakap english..
pada post2 yang akan datang aku akan cuba masukkan Jadual, Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian..Rancangan Tahunan dah ada kami compile sampai minggu ke 12 masa bengkel tu tapi aku nak check dulu n adjust mana yang patut mengikut citarasa aku lah...supaya apa yang aku nak ajarkan sesuai dengan budak2 aku..lagi satu, dengar khabar peruntukan prasekolah tahun depan akan ditambah n duit makan budak naik dari RM1.50 kepada RM3.00 sekepala...aku dengar2 je lah...tak tahu betul ke tidak...walau banyak mana pun ia bertambah, jangan ada yang gelap mata dah la..tak berkat idop...tu bukan duit kita tapi duit bebudak..aku rasa cikgu2 pra takde yang camtu tapi banyak yang menjadi mangsa keadaan..betul tak? kalo itu duit pra kita, pertahankan duit tu..jangan bagi "guru" lain guna..gaji dia dah "besar"..ok?
Aidiladha di Perantauan...
kali ni first time kami x beraya di kampung halaman sendiri..kan aku kena kursus 1-4 Disember ni di Eastwood Valley, so terpaksa berkorbanlah..huhu..sib baik family abg En. Suami ada gak kat Miri ni..dia keje sini..dapatlah merasa rendang n lontong..anyway, kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..
Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2009
Majlis ni berlangsung pada hari Rabu yang lepas..kiranya majlis konvo pra n majlis tu digabungkan sekali..tahun depan aku nak cuba wat sendiri majlis konvo tu tapi dengan keizinan GB lah..Seramai 19 org bebudak 6 tahun ambil Sijil Tamat Prasekolah..Anugerah2 Khas plak terdiri dari 9 kategori..semua penerima anugerah khas dapat plak n hadiah..bebudak lain jeles je tengok hadiah pra grand giler..
B.E.N.G.A.N.G.!.!.
Benda yang paling membengangkan adalah apabila kita nak buat sesuatu tapi tak boleh.. Sebabnya information yg diterima lambat n planning lain telah dibuat awal sebelum info tu kita terima..sesuatu yang di katakan WAJIB n melibatkan seluruh SARAWAK perlulah diinform awal n janganlah wat sewaktu cuti panjang..bukan semua ORANG disini asal Sarawak..dah la tiket flight bukannya murah macam tambang bas ekspress..bukan tak nak pegi tapi kalo pegi, semua keENAM2 diulangi keENAM2 tiket flight kena tukar date semula..mamposlah..memang rasa macam nak mengamuk je ni..sib baik tak bertukar jadik Incredible Hulk..kalo dibuat awal bolehlah pegi..ini tengah2 cuti..mana dapat beb..benda tu dahlah penting tapi tak dapat pegi..semua ni salah siapa? lu pikir lah sendiri...
~ D.I.Y. Picture Frame ~
Kelmarin masa aktiviti K&E aku ajar bebudak buat bingkai gambar menggunakan kayu aiskrim..saja la untuk kenang2an diorang..
U.N.T.U.T
KUCING ??!!!
Dari kelmarin masa tengah mengajar aku terdengar2 bunyi anak kucing mengiau..tapi sekejap je..bila suruh bebudak diam, dah tak dengar pun bunyi tu..arini, masuk je kelas dengar makin kuat bunyi anak kucing tu...rasanya dalam dinding pra aku..3 or 4 bulan lepas pun dah penah jumpa sekor tapi dinding sebelah kiri..ini dengar kat dinding sebelah kanan plak..haru betul..then, aku mintak Kak Isah kopakkan dinding n betul seperti yang disangka, ternampaklah seekor anak kucing itam legam a.k.a. celom kertum dalam dinding tu...mata dia pun belum terbuka lagi..kecohlah bebudak tu..excited n semua nak pegang..aku bagi peluang diorang pegang tapi pastu WAJIB basuh tangan..kucing tu kemudiannya kami bagi dengan Aina sebab katanya dekat umah dia ada ibu kucing yang baru dapat baby..di bawah ni ada gambar2 operasi menyelamat yang sedang dilakukan oleh Kak Isah..aku jadi tukang pegang torchlight n jurukamera je...ngehehe...
Kursus Kejurulatihan Olahraga Siri 1
Seminggu lebih rasanya tak ber"posting" di sini..sibuk dengan Kursus Kejurulatihan Olahraga Zon Suai n minggu lepas kena fever + URTI (Upper Respiratory Tract Infection kot nama panjang dia..) "melepek" je macam takde tulang belakang..tapi keja tetap jalan..kecuali berblogging lah..hehe..bila dah sihat sket ni baru lah rajin nak berceloteh..
Berbalik kepada cerita tentang kursus kat atas tu, sekolah aku telah menganjurkan kursus tu sebagai salah satu program LDP sekolah kami..6 buah sekolah dari zon Suai terlibat sebagai peserta tapi bukanlah semua guru2 dari zon Suai..just Guru PK KK n guru sukan..kehadiran menggalakkan n setiap sekolah dibekalkan dengan CD handout..penceramah yang dijemput memang berkaliber iaitu Cikgu Kolan Bala Apui (Cikgu sekolah En. Suami) ..dia memang aktif n pencapaian dia dalam bidang sukan memang diiktiraf..
Masa kursus tu, aku jadi Timbalan SU n AJK Pendaftaran..kalo nak tag nama masa kursus tu, boleh klik kat link di bawah..cikgu2 boleh edit ikut aktiviti yang sekolah cikgu anjurkan..ada dua tag iaitu tag nama untuk Peserta n Pengelola..label untuk fail pun ada..

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts